Drama "Jeneral Berdarah Besi" mengisahkan semangat patriotik Jeneral Fan Zhuxian, seorang panglima terkenal era perang anti-Jepun yang setia kepada bangsa dan bersumpah mempertahankan Liaocheng hingga ke titisan darah terakhir. Jeneral Fan Zhuxian memimpin sendiri sisa pasukannya bertempur sengit dari rumah ke rumah melawan tentera Jepun. Dalam pertempuran itu, beliau cedera parah namun tetap bangkit berjuang setelah membalut lukanya, dan akhirnya kerana jumlah musuh yang jauh lebih ramai, beliau dengan penuh keberanian dan kesetiaan mengorbankan diri demi negara dalam kisah yang mengharukan dan penuh inspirasi.