Siri terhad Hulu 'Four Weddings and a Funeral' diadaptasi daripada filem British dengan judul yang sama, ditulis oleh Mindy Kaling yang turut berperanan sebagai penerbit bersama Matt Warburton. Seperti versi filemnya, 'Four Weddings and a Funeral' mengisahkan empat sahabat dari Amerika yang bertemu semula di London iaitu Maya (dilakonkan oleh Nathalie Emmanuel, menggantikan Jessica Williams), Craig (Brandon Mychal Smith), Ainsley (Rebecca Rittenhouse) dan Duffy (John Reynolds). Kehidupan mereka akan terjejas akibat satu kejutan besar, kemudian terjalin dalam empat perkahwinan dan satu pengebumian. Pelakon versi filem 'Four Weddings and a Funeral', Andie MacDowell memegang watak ibu Ainsley, manakala pelakon lain termasuk Nikesh Patel, Zoe Boyle, Jennie Jacques, Harish Patel dan Guz Khan.