Lu Bufan (lakonan Du Chun) dan Wang Xiaolu (lakonan Li Xiaoran) ialah pasangan suami isteri muda kelahiran 80-an yang sangat mesra antara satu sama lain. Namun, kemunculan tiba-tiba bekas teman wanita Lu Bufan menjadi bom jangka dalam kehidupan perkahwinan mereka, dan akhirnya hubungan mereka berakhir dengan perceraian. Wu Yu (lakonan Wang Weiwei) ialah sahabat baik Wang Xiaolu. Dia yang berani mencintai dan membenci memulakan perjalanan mencari jodoh melalui temu janji buta, hanya untuk membuktikan bahawa cara itu juga boleh menemukan pasangan idaman. Namun dia tidak menyangka teman temu janji yang serasi dengannya, Fang Xiaoyu, rupa-rupanya seorang lelaki yang teruk. Sebaliknya, percikan cinta tiba-tiba timbul antara Wu Yu dan bapa saudara Wang Xiaolu, Yu Zhiheng (lakonan Zhang Luyi). Bai Suxian (lakonan Yu Mingjia) pada zahirnya kelihatan seperti isteri jutawan yang hidup mewah, tetapi hakikatnya dia terpaksa menanggung kehidupan selepas berkahwin yang kosong dan membosankan. Apabila dia cuba menghidupkan kembali impiannya untuk menari, ia pula memberi tamparan hebat kepada perkahwinannya, ditambah pula dengan kerenah anak tiri perempuannya yang degil dan berangin. Ke manakah hala tuju Bai Suxian selepas ini?