Alyssa (Jessica Barden, The Lobster) masih bergelut dengan kesan pelbagai peristiwa daripada musim pertama. Musim kedua memperkenalkan watak baharu Bonnie, dilakonkan oleh Naomi Ackie (Lady Macbeth dan Star Wars: The Rise of Skywalker yang akan datang) yang memenangi Anugerah Filem Bebas British (BIFA). Bonnie ialah seorang outsider dengan latar belakang yang rumit dan mempunyai kaitan misteri dengan Alyssa. Penulis skrip British Charlie Covell kembali menulis kesinambungan menarik untuk The End of the F***ing World. Siri ini diadaptasi daripada siri buku komik anugerah karya Charles Forsman. Lagu asli dan skor muzik sekali lagi digarap oleh Graham Coxon. Pengarah British Lucy Forbes (In My Skin) dan Destiny Ekaragha (Gone Too Far!) masing-masing mengarahkan bahagian pertama dan kedua. Siri ini diterbitkan oleh Clerkenwell Films dan Dominic Buchanan Productions. Murray Ferguson, Ed Macdonald, Andy Baker, Dominic Buchanan, Jonathan Entwistle dan Charlie Covell berperanan sebagai penerbit eksekutif, manakala Jenny Frayn sebagai penerbit. The End of the F***ing World diterbitkan bersama oleh Netflix dan Channel 4.