Restoran Syurga diadaptasi daripada komik komedi Heaven karya Rinko Sasaki. Berlatarkan sebuah restoran Perancis bernama Loindlci, ia mengisahkan komedi antara seorang bos yang eksentrik dengan beberapa pelayan berperwatakan unik yang dipermainkannya. Restoran Loindlci juga dikenali sebagai Hujung Dunia, sesuai dengan namanya kerana ia terletak jauh dari stesen, pusat bandar dan kawasan kediaman. Restoran ini dipanggil Restoran Syurga kerana kedudukannya di kawasan pemandangan tanah perkuburan, bersebelahan dengan kedai pengurusan pengebumian.