Xiao Ou ialah menantu perempuan termuda dalam keluarga Su. Malangnya, sebelum dan selepas dia masuk ke rumah itu, bapa mertua dan suaminya meninggal dunia berturut-turut. Xiao Ou yang menjadi balu sebenarnya berharap dapat memutuskan segala hubungan dengan keluarga mertuanya, tetapi hasrat itu tidak kesampaian apabila takdir membuatkan hubungannya dengan ibu mertua semakin rapat. Xiao Ou secara kebetulan mendapati adik-beradik arwah suaminya mahu menipu wang pencen ibu mertuanya. Didorong oleh rasa simpati, dia mengambil keputusan untuk membantu ibu mertuanya. Menerusi bimbingan bijak seorang pembuat roti bernama Fa Gui, Xiao Ou dan ibu mertuanya, Cai Xiang, bersetuju berganding bahu sebagai rakan perniagaan untuk menyelamatkan perniagaan keluarga.