Hwarang ialah organisasi kumpulan remaja bangsawan feudal Silla semasa zaman Tiga Kerajaan Korea. Ahli-ahli Hwarang bukan sekadar pahlawan yang mahir dalam seni mempertahankan diri, malah semasa upacara besar, mereka juga bertanggungjawab memainkan alat muzik, melukis, dan menulis puisi.