Drama ini bertemakan wanita masa kini yang memikul pelbagai peranan, perlu menjaga keluarga dan pada masa sama mengurus kerjaya, berhadapan dengan standard masyarakat, kehidupan yang mendesak serta tekanan pendapat umum, sehingga wanita sering menanggung tekanan yang tidak sepatutnya. "Wanita Hebat" menerusi tujuh wanita meneroka dan menyelusuri topik-topik berani termasuk pembekuan telur, perebutan hak penjagaan anak, homoseksual, ketagihan seks, pertukaran pasangan, "Ayah ke Mana" dan mencari pasangan.