Drama ini mengisahkan kisah cinta antara hantu perempuan yang merasuki seorang gadis dan seorang chef yang tidak percaya pada hantu. Park Bo-young memegang watak pembantu dapur yang dirasuki hantu perempuan genit, manakala Jo Jung-suk memegang watak chef kacak yang menjadi idaman rahsia Park Bo-young. Kwak Si-yang memegang watak chef pulang dari Perancis. Im Ju-hwan memegang watak pegawai polis yang berintegriti, Park Jung-ah memegang watak PD stesen televisyen, dan Kim Seul-gi yang pernah berlakon bersama Nam Joo-hyuk dalam The Idle Mermaid memegang watak hantu perempuan yang merasuki Park Bo-young ~ Disiarkan pada bulan Julai menggantikan Ex-Girlfriend Club.