Drama ini berlatar belakang zaman antara tahun 1900 hingga 1905 dan mengisahkan tentang para pejuang gerila. Walaupun selama ini banyak drama Korea yang menggunakan latar zaman pendudukan Jepun (1910–1945), jarang sekali ada kisah yang berlatar sebelum zaman itu. Drama ini mengisahkan seorang remaja yang menaiki kapal perang ke Amerika semasa peristiwa Shinmiyangyo (1871), kemudian kembali ke tanah airnya, Joseon, yang telah mengabaikannya, sebagai anggota tentera Amerika dan ditempatkan di sana. Remaja itu juga akan bertemu dengan tunjang semangat Joseon, seorang "nona" daripada keluarga bangsawan yangban, dan jatuh cinta dengannya.