Gadis dari planet Duoxing, Abbe Chacha, secara tidak sengaja mendarat di Bumi dan merasuki tubuh seorang manusia Bumi bernama Tang Qingye. Dia bertemu dengan pemuda cemerlang Dinasti Tang, Tang Qingfeng, dan kehidupan mereka berdua berubah secara dramatik. Pasangan yang sering bertengkar ini bukan sahaja terlibat dalam konflik kerabat diraja, malah secara tidak sengaja menjadi sasaran serangan lanun angkasa... Rupa-rupanya Tang Qingfeng ialah anak kepada maharaja terdahulu yang dilahirkan selepas kematian ayahandanya. Pada masa itu, untuk mengelak daripada dibunuh, dia diserahkan kepada keluarga Tang untuk dibesarkan. Manakala Li Yi, demi mendapatkan takhta, sanggup bersekongkol dengan lanun angkasa. Demi keselamatan Dinasti Tang, Tang Qingfeng memberitahu Li Yi bahawa dia tidak berniat untuk merebut takhta. Berdepan dengan pujukan Tang Qingfeng dan Abbe, Li Yi akhirnya melepaskan niat mementingkan diri sendiri. Ketiga-tiga mereka berganding bahu memukul mundur musuh dan melindungi Dinasti Tang yang makmur dan sejahtera.