Drama "Doktor Perubatan Tradisional Cina" berlatar belakangkan Shanghai antara tahun 1927 hingga 1946, mengisahkan Weng Quanhai, pewaris aliran perubatan Menghe dari Changzhou, Jiangsu, yang merantau ke Shanghai dan menumpahkan seluruh hidupnya untuk memelihara serta mewariskan budaya perubatan tradisional Cina. Drama ini bertujuan memaparkan pengalaman individu kecil dalam kerangka sejarah yang besar, menonjolkan pesona budaya perubatan tradisional Cina yang tiada tandingan serta daya hidupnya yang kukuh dan sentiasa segar selepas ribuan tahun diwarisi. Ia juga memuji semangat kebangsaan rakyat China yang tabah, rajin, jujur, penyayang dan tidak gentar terhadap kekuasaan, hasil didikan budaya tradisional yang kaya.