Zhu Yingtai (dilakonkan oleh Dong Jie) ialah seorang anak dara daripada keluarga bangsawan yang berpendidikan, dan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, dia amat disayangi oleh ibu bapanya. Namun, Zhu Yingtai memiliki semangat keberanian yang hebat, tidak kurang daripada kaum lelaki. Dia menyamar sebagai lelaki dan pergi menuntut ilmu di Akademi Nishan, dan di sinilah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Liang Shanbo (dilakonkan oleh Peter Ho). Turut menuntut ilmu di Akademi Nishan ialah Ma Wencai (dilakonkan oleh Chen Guanlin), anak kepada gabenor Hangzhou, yang bersikap angkuh dan suka menimbulkan masalah di akademi kerana bapanya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam istana. Oleh sebab keputusan Liang Shanbo lebih baik daripadanya, Ma Wencai ingin menyingkirkannya secepat mungkin. Pada suatu hari, secara kebetulan Ma Wencai ternampak identiti sebenar Zhu Yingtai sebagai perempuan dan terpikat dengan kecantikannya. Namun pada ketika itu, Zhu Yingtai sudah pun saling mencintai dengan Liang Shanbo. Ma Wencai yang berang berazam untuk menggunakan segala cara demi mendapatkan Zhu Yingtai.