Owen (lakonan Callum Turner) yang baru sahaja diputuskan cinta oleh teman wanitanya dan Ellie (lakonan Monica Barbaro) yang penuh dengan harapan serta jiwa romantik mungkin merupakan dua orang bujang di kota ini yang benar-benar ingin mencari cinta sejati, bukan sekadar pasangan untuk satu malam. Apabila mereka bertemu, kedua-duanya merasakan percikan cinta di antara mereka, tetapi rentetan kejadian tidak dijangka dan pelbagai pengembaraan lain menjadikan malam mereka rumit, sehingga mereka terpaksa berpisah. Ketika mereka berlari menuju satu sama lain di kota itu namun tanpa sedar semakin menjauh, mungkin mereka akan menemui bahawa apa yang paling mereka dambakan sebenarnya amat dekat dengan mereka.