Selepas majlis perkahwinan anak perempuan Woody Harrelson huru-hara, dia membawa seluruh keluarganya ke Austin untuk menginap seketika di ladang Matthew McConaughey. Namun, percutian yang bertujuan untuk memulihkan diri itu cepat menjadi kacau-bilau apabila ibu Matthew, Mama Mac (lakonan Holland Taylor), secara tidak sengaja mendedahkan rahsia lama yang tersimpan: kedua-dua sahabat itu mungkin benar-benar adik-beradik kandung. Woody menyelongkar ladang itu habis-habisan demi mencari kebenaran, manakala Matthew berdepan krisis identiti yang sama sekali berbeza: dia mungkin akan bertanding jawatan Gabenor Texas.